Wednesday, 10 October 2012

BABY PONDOK


Punca-punca Masalah Zina dalam Kalangan Pelajar-pelajar IPT di Malaysia


Imam al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Anas bin Malikradhiyallahu’anhu bahawa Rasulullah shallahu’alaihiwasallam telah bersabda:


إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا


Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat adalah diangkatnya ilmu, berleluasanya kejahilan, diminumnya arak, dan zahirnya perzinaan. [Al-Bukhari (80), Muslim (6956)]

Benarlah sabda Rasulullah shallahu’alaihiwasallam. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan kenyataan bahawa masalah zina telah melanda umat Islam di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuklah negara tercinta Malaysia. Zina bukan sahaja dilakukan oleh golongan-golongan yang tidak berpendidikan tinggi malah turut dilakukan oleh pelajar-pelajar institut-institut pengajian tinggi (IPT). Yang lebih memeranjatkan, juga oleh mahasiswa-mahasiswa IPT agama!

Melihatkan keadaan semakin rumit, umat Islam perlu diajak untuk berfikir seketika. Bagaimanakah semua ini boleh berlaku?

Tidak ada jawapan yang lebih tepat selain bahawa umat Islam telah menyeleweng daripada agama mereka yang sebenarnya. Mereka telah dihasut oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah syariat agama mereka dengan alasan mengikut arus kemodenan. Mereka telah melonggarkan apa yang ditetapkan oleh Allah dan rasul-Nya. 

Mereka telah mengubah dan memutarbelitkan nas-nas agama hanya kerana tidak sesuai dengan keadaan semasa, kononnya. Orang-orang yang beriltizam dengan al-Quran dan sunnah mengikut ajaran sahabat dan ulama-ulama terdahulu dituduh syadid.

Di sini disenaraikan punca-punca berleluasanya zina dalam kalangan pelajar-pelajar IPT Malaysia:

Pertama: kerajaan tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam bahkan telah menolaknya dengan menggantikannya dengan undang-undang rekaan manusia.

Kedua: umat Islam di Malaysia tidak mempraktikkan pengharaman wanita mendedahkan diri di hadapan lelaki ajnabi dalam media massa dan hiburan malah sesetengah ulama kontemporari mengharuskan wanita berlakon.

Ketiga: wanita Malaysia tidak mengamalkan etika berpakaian yang diwajibkan dan digalakkan oleh Islam. Mereka memakai pakaian yang mendedahkan aurat, ketat, jarang, dan sebagainya.

 Ramai juga yang secara terang-terangan mendedahkan rambut. Menutup muka dilihat begitu asing walhal telah sedia dimaklumi bahawa ulama-ulama yang berpendapat bahawa muka tidak aurat atau purdah tidak wajib pun menyuruh wanita-wanita menutup muka apabila keadaan memerlukan.

 Malangnya, ada juga yang berpendapat wanita-wanita Malaysia tidak perlu mengenakan niqab kerana ‘uruf masyarakat Malaysia yang sudah terbiasa mendedahkan muka. Kalau begitu, sampai bila hendak berubah!

Keempat: keluarnya wanita-wanita Islam secara bebas ke pawagam, pasar raya, dan sebagainya tanpa keuzuran yang diizinkan syarak. Keadaan ini berbeza dengan amalan wanita-wanita pada zaman Rasulullah shallahu’alaihiwasallam yang telah diasuh untuk melazimkan diri mereka untuk berada di rumah sehingga para sahabat melarang isteri-isteri mereka keluar walaupun ke masjid. 

Disebabkan itulah Rasulullah shallahu’alaihiwasallam telah menegur perbuatan tersebut dan memberikan kelonggaran kepada wanita untuk ke masjid dan keluar untuk keperluan. Tetapi, pada zaman sekarang, wanita sudah mula berubah dan menganggap berada di rumah umpama mengongkong kebebasan mereka. Mereka suka menghabiskan masa di luar rumah dengan membeli belah, berhibur, melancong, dan sebagainya. Hakikatnya, perkara ini bukanlah baharu malah telah bermula sedari zaman sahabat. Sejak itu lagi, kaum Muslimat mula berubah sehingga Siti ‘A’isyah binti Abu Bakr radhiyallahu’nha berkata:

لَوْ أَدْرَكَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ

Kalaulah Rasulullah shallahu’alaihiwasallam tahu apa yang dilakukan oleh wanita (pada zaman sekarang, zaman beliau) pasti baginda akan melarang mereka (daripada ke masjid) sebagaimana dilarangnya wanita Bani Isra’i. [Al-Bukhari (869)]

Ini bererti, wanita pada zaman Rasulullah shallahu’alaihiwasallam keluar ke masjid dan menyelesaikan urusan di luar dengan menjaga hukum-hakamnya. Berbeza keadaannya dengan wanita pada zaman ‘Aisyah. Disebabkan keadaan tersebut, bagi Siti ‘A’isyah, kelonggaran tersebut perlu ditarik balik. Soalannya, itu pada zaman beliau, bagaimana pula agaknya dengan sekarang?!

Kelima: umat Islam tidak lagi mempedulikan larangan wanita bermusafir tanpa mahram. Jadi, wanita bukan sahaja keluar ke kawasan-kawasan berhampiran dengan tempat tinggal malah ke bandar dan negeri lain dengan bebas.

Keenam: pengaruh drama, filem, novel, lagu, dan sebagainya yang bersifat kebaratan terhadap pemikiran umat Islam yang mempromosikan cinta dan seks. Begitu juga pengaruh buruk artis ke dalam kehidupan peminat-peminatnya.

Ketujuh: pergaulan dan percampuran antara pelajar lelaki dengan perempuan yang tidak diizinkan syarak seperti pelajar-pelajar perempuan duduk di hadapan pelajar lelaki atau di sebelah. Bahkan sebenarnya, terdapat ulama yang mengharamkan umat Islam daripada belajar di tempat-tempat yang bercampur antara lelaki dan perempuan secara mutlak.

 Pendapat ini sesuai untuk diamalkan di Malaysia terutamanya pada peringkat sekolah menengah melihatkan gejala sosial yang menjadi-jadi sejak di bangku sekolah lagi.

Kelapan: penggunaan alat-alat komunikasi secara bebas sehingga melanggar batas-batas syarak sehingga pelajar lelaki bebas berhubungan dengan pelajar perempuan dan melakukan khalwat secara maya.

Kesembilan: para pelajar menghadapi kesukaran untuk berkahwin. Inilah punca terbesar berlakunya perzinaan dalam kalangan pelajar IPT.

“Telah nyata kerosakan di darat dan di bumi dengan perbuatan-perbuatan tangan manusia; agar Allah membuat mereka merasa kesan perbuatan mereka; semoga mereka kembali” [Mafhum ayat ke-41, Surah al-Rum]








 Baby Pondok




Tuesday, 9 October 2012

MENARA MONAS, JAKARTA , INDONESIA










SEJARAH MENARA MONAS,JAKARTA, INDONESIA.



Monumen Nasional atau yang populer disingkat dengan Monas atau Tugu Monas adalah monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Pembangunan monumen ini dimulai pada tanggal 17 Agustus 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk umum pada tanggal 12 Juli 1975.


                                     


 Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emasyang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Monumen Nasional terletak tepat di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. Monumen dan museum ini dibuka setiap hari mulai pukul 08.00 - 15.00 WIB. Pada hari Senin pekan terakhir setiap bulannya ditutup untuk umum.


Setelah pusat pemerintahan Republik Indonesia kembali ke Jakarta setelah sebelumnya berkedudukan di Yogyakarta pada tahun 1950 menyusul pengakuan kedaulatan Republik Indonesia oleh pemerintah Belanda pada tahun 1949, Presiden Sukarno mulai memikirkan pembangunan sebuah monumen nasional yang setara dengan Menara Eiffel di lapangan tepat di depan Istana Merdeka. Pembangunan tugu Monas bertujuan mengenang dan melestarikan perjuangan bangsa Indonesia pada masa revolusi kemerdekaan 1945, agar terus membangkitkan inspirasi dan semangat patriotisme generasi saat ini dan mendatang.


Pada tanggal 17 Agustus 1954 sebuah komite nasional dibentuk dan sayembara perancangan monumen nasional digelar pada tahun 1955. Terdapat 51 karya yang masuk, akan tetapi hanya satu karya yang dibuat oleh Frederich Silaban yang memenuhi kriteria yang ditentukan komite, antara lain menggambarkan karakter bangsa Indonesia dan dapat bertahan selama berabad-abad. 


Sayembara kedua digelar pada tahun 1960 tapi sekali lagi tak satupun dari 136 peserta yang memenuhi kriteria. Ketua juri kemudian meminta Silaban untuk menunjukkan rancangannya kepada Sukarno. Akan tetapi Sukarno kurang menyukai rancangan itu dan ia menginginkan monumen itu berbentuk lingga dan yoni. Silaban kemudian diminta merancang monumen dengan tema seperti itu, akan tetapi rancangan yang diajukan Silaban terlalu luar biasa sehingga biayanya sangat besar dan tidak mampu ditanggung oleh anggaran negara, terlebih kondisi ekonomi saat itu cukup buruk.




 Silaban menolak merancang bangunan yang lebih kecil, dan menyarankan pembangunan ditunda hingga ekonomi Indonesia membaik. Sukarno kemudian meminta arsitek R.M. Soedarsono untuk melanjutkan rancangan itu. Soedarsono memasukkan angka 17, 8 dan 45, melambangkan 17 Agustus 1945 memulai Proklamasi Kemerdekaan Indonesia, ke dalam rancangan monumen itu.Tugu Peringatan Nasional ini kemudian dibangun di areal seluas 80 hektare. Tugu ini diarsiteki oleh Friedrich Silaban dan R. M. Soedarsono, mulai dibangun 17 Agustus 1961.


Pembangunan terdiri atas tiga tahap. Tahap pertama, kurun 1961/1962 - 1964/1965 dimulai dengan dimulainya secara resmi pembangunan pada tanggal 17 Agustus 1961 dengan Sukarno secara seremonial menancapkan pasak beton pertama. Total 284 pasak beton digunakan sebagai fondasi bangunan. Sebanyak 360 pasak bumi ditanamkan untuk fondasi museum sejarah nasional. Keseluruhan pemancangan fondasi rampung pada bulan Maret 1962. 


Dinding museum di dasar bangunan selesai pada bulan Oktober. Pembangunan obelisk kemudian dimulai dan akhirnya rampung pada bulan Agustus 1963. Pembangunan tahap kedua berlangsung pada kurun 1966 hingga 1968 akibat terjadinya Gerakan 30 September 1965 dan upaya kudeta, tahap ini sempat tertunda. Tahap akhir berlangsung pada tahun 1969-1976 dengan menambahkan diorama pada museum sejarah. Meskipun pembangunan telah rampung, masalah masih saja terjadi, antara lain kebocoran air yang menggenangi museum


 Monumen secara resmi dibuka untuk umum dan diresmikan pada tanggal 12 Juli 1975 oleh Presiden Republik Indonesia Soeharto.[4][5] Lokasi pembangunan monumen ini dikenal dengan nama Medan Merdeka. Lapangan Monas mengalami lima kali penggantian nama yaitu Lapangan Gambir, Lapangan Ikada, Lapangan Merdeka, Lapangan Monas, dan Taman Monas. Di sekeliling tugu terdapat taman, dua buah kolam dan beberapa lapangan terbuka tempat berolahraga. Pada hari-hari libur Medan Merdeka dipenuhi pengunjung yang berekreasi menikmati pemandangan Tugu Monas dan melakukan berbagai aktivitas dalam taman.



Rancang bangun Tugu Monas berdasarkan pada konsep pasangan universal yang abadi; Lingga dan Yoni. Tugu obelisk yang menjulang tinggi adalah lingga yang melambangkan laki-laki, elemen maskulin yang bersifat aktif dan positif, serta melambangkan siang hari. Sementara pelataran cawan landasan obelisk adalah Yoni yang melambangkan perempuan, elemen feminin yang pasif dan negatif, serta melambangkan malam hari. Lingga dan yoni merupakan lambang kesuburan dan kesatuan harmonis yang saling melengkapi sedari masa prasejarah Indonesia.


 Selain itu bentuk Tugu Monas juga dapat ditafsirkan sebagai sepasang "alu" dan "Lesung", alat penumbuk padi yang didapati dalam setiap rumah tangga petani tradisional Indonesia. Dengan demikian rancang bangun Monas penuh dimensi khas budaya bangsa Indonesia. Monumen terdiri atas 117,7 meter obelisk di atas landasan persegi setinggi The 17 meter, pelataran cawan. Monumen ini dilapisi dengan marmer Italia.


Kolam di Taman Medan Merdeka Utara berukuran 25 x 25 meter dirancang sebagai bagian dari sistem pendingin udara sekaligus mempercantik penampilan Taman Monas. Di dekatnya terdapat kolam air mancur dan patung Pangeran Diponegoro yang sedang menunggang kudanya, terbuat dari perunggu seberat 8 ton. Patung itu dibuat oleh pemahat Italia, Prof. Coberlato sebagai sumbangan oleh Konsulat Jendral Honores, Dr Mario Bross di Indonesia.





Pintu masuk Monas terdapat di taman Medan Merdeka Utara dekat patung Pangeran Diponegoro. Pintu masuk melalui terowongan yang berada 3 m di bawah taman dan jalan silang Monas inilah, pintu masuk pengunjung menuju tugu Monas. Loket tiket berada di ujung terowongan. Ketika pengunjung naik kembali ke permukaan tanah di sisi utara Monas, pengunjung dapat melanjutkan berkeliling melihat relief sejarah perjuangan Indonesia; masuk ke dalam museum sejarah nasional melalui pintu di sudut timur laut, atau langsung naik ke tengah menuju ruang kemerdekaan atau lift menuju pelataran puncak monumen.



“Laporan Harian Berhubung Program Pertukaran Pelajaran Ke Indonesia


Jumaat, 18 Mei 2012,
Waktu yang dinantikan telah tiba.


Kami bertolak ke Jakarta.  Waktu penerbangan kami adalah pukul 11.30 malam. Kami dihantar oleh teman-teman sekursus kami.Kami sempat bergambar secara beramai-ramai sebelum berangkat.

Sabtu, 19 Mei 2012

Indonesia mengubah persepsi kami.




Tepat jam 12.30 pagi waktu Indonesia, kami sampai ke lapangan terbang antarabangsa Sukarno-Hatta. Kami bercadang ke Bandung untuk bersiar-siar kerana program kami di Sekolah Tinggi Ilmu Administrasi Mandala Indonesia (STIAMI) bermula pada 21 Mei. Namun, kami terkejut kerana sejurus sahaja selesai urusan imigresen, kami  nampak dua orang pemuda menanti di ruangan menyambut tetamu dengan memegang kertas A4 yang bertulis MAHASISWA UNIKL.


 Rupa-rupanya, kehadiran kami memang dinantikan oleh mereka. Mereka merupakan staf-staf daripada STIAMI. Dua pemuda itu bernama Pak Dedy dan Pak Doni. Terdapat seorang lagi yang turut serta iaitu Pak Reda. Pak Reda merupakan salah seorang ‘chairman’ STIAMI. Kami berkenalan dengan mereka. Kemudian Pak Reda membawa kami ke Restoran KFC untuk makan malam dan memberikan sedikit taklimat berhubung dengan tentatif program di STIAMI. Setelah itu, kami dibawa ke bilik penginapan kami yang terletak di Cempaka Putih Barat, Jakarta. Bilik kami terletak lebih kurang 5-7 km daripada kampus STIAMI.




Jam 8.30 pagi, datang dua orang staf STIAMI ke bilik pelajar perempuan. Mereka adalah Ai dan Handini. Mereka akan menjadi ‘tour guide’ kami di Indonesia. Program kami hari ini adalah bersiar-siar di Monas dan Masjid Istiqlal. Kami ke sana bersama Ai, Handini dan Pak Widi. Pak Widi merupakan salah seorang pensyarah di STIAMI. Kami bergerak ke Monas menaiki van STIAMI.

 Sepanjang perjalanan kami menyaksikan Bandar Jakarta yang kami rasa agak maju namun terdapat juga rakyatnya yang bersusahan menolak kereta roda untuk menjual makanan dan minuman. Sekitar Monas itu terdapat banyak bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan. Monas diambil daripada perkataan Mo dan Nas. Mo merujuk kepada Monumen dan Nas merujuk kepada Nasional. Monumen Nasional (Monas) ini mula dibangunkan oleh Presiden Indonesia yang pertama iaitu Sukarno pada tahun 1975.




 Ia dibangunkan untuk mengenang pertempuran dan perjuangan rakyat Indonesia bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Belanda. Tugu ini dihiasi simbol api yang dilapisi lembaran emas sebanyak 38 kg yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala rakyat Indonesia.  Kami  turut bergambar di situ sebagai kenang-kenangan. Selepas itu kami menuju ke Masjid Istiqlal yang terletak berhampiran dengan Monas. Kami menunaikan solat zuhur jamak asar di situ. Masjid Istiqlal sangat besar, ia merupakan masjid terbesar di Asia tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Besar dan unik bukan menjadi ukuran sesebuah masjid. Masjid Istiqlal ini sangat mendamaikan kami. Suasananya tenang dan indah.


 Namun, kedamaian dan keindahan ini dicemarkan oleh segelintir peminta sadaqah yang kami kira mereka adalah sindiket. Kami berharap agar Indonesia juga negara tercinta kami Malaysia dapat membasmi sindiket peminta sedeqah ini. Selepas solat, kami ke restoran masakan padang untuk menjamu selera. Setelah itu kami pulang ke bilik penginapan masing-masing untuk istirehat.


 Malamnya pula, kami dibawa ke
Bebek Kaleyo yang terletak di Jakarta Timur untuk makan malam. Pelanggan di sini cukup ramai kerana makanan disini enak-enak. Antara menu yang popular ialah bebek bakar dan bebek goreng. Terdapat juga ayam penyet, jus buahan asli dan sup buah. Kami amat terkesan dengan keenakan makanan di sini.


Apa yang penting hari ini adalah persepsi  kami tentang Indonesia berubah secara total. Perasaan yang mulanya takut dan sentimen-sentimen anti Indonesia berubah sama sekali. Kami mula jatuh cinta dengan negara jiran ini. Mengapa kita perlu bergaduh sesama sendiri? Kita (Malaysia dan Indonesia) adalah negara serumpun. Kami merasakan hubungan antara Malaysia dan Indonesia perlu diperbaiki agar rakyat di kedua-dua negara ini dapat hidup dalam keadaan aman, makmur dan harmoni. Slogan-slogan ‘Ganyang Malaysia’dan ‘Ganyang Indonesia’ perlu diubah kepada slogan ‘Sayang Malaysia Saya Indonesia’.