Ahad, 20 Mei 2012
Indahnya manusia terletak pada budi bahasanya.
Program kami hari ini juga bersiar-siar di sekitar Jakarta.
Kami memulakan perjalanan kami ke
Taman Mini Indonesia Indah (TMII) yang terletak di Jakarta Timur.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwEVDzxkSdSNKH6g14D_PY3jvxCGRe_t7una8Hhd9kKurIFzgWxHTYja8l0LIqBqzNhYJyeG1jmWAKSPECLiTo3PjJVgvn-NxpOMjCS-cjePCiTO2Qtx0YhbRWRrKPsQMxclSQwkI7O8Xn/s1600/TMII_West_Sumatra+-+Copy.jpg)
Disamping itu, di tengah-tengah TMII terdapat sebuah danau yang menggambarkan
susunan kepulauan Indonesia di tengahnya, kereta gantung, museum, dan Teater
IMAX Keong Mas dan Teater Tanah Airku, dan taman rekreasi . Ini menjadikan
TMIII sebagai salah satu kawasan wisata terkemuka di ibu kota. Sebelum kami
meneruskan perjalanan, kami diperkenalkan dengan Pak Agus dan Pak Rusdi. Pak
Agus merupakan rektor 3 STIAMI manakala Pak Rusdi merupakan staf pemasaran di
STIAMI. Mereka lah yang menemani kami.
Mereka membawa kami ke warung Soto Kudus
milik kenalan Pak Agus untuk bersarapan. Sotonya enak dan mengiurkan. Selepas
itu kami di bawa menaiki kereta gantung untuk melihat seluruh Taman Mini itu.
Kereta gantung itu dikenali kereta kabel di Malaysia. Pemandangan dari atas
sangat indah. Kami dapat menikmati keindahan rumah-rumah tradisional, replika
pulau-pulau di Indonesia dan lain-lain lagi. Selepas kereta gantung, kami
sempat melihat rumah tradisi masyarakat padang.
Atas kesuntukan masa, kami
tidak dapat ke rumah-rumah tradisi yang lain.Di rumah masyarakat Padang, kami
sempat bergambar dan belajar sedikit sebanyak tentang tradisi masyarakat
Padang. Setelah itu, kami dipelawa ke Museum Komodo. Kami ke sana untuk melihat
binatang unik yang diberi nama komodo. Kelihatan Komodo seperti biawak besar.
Namun, Komodo ini merbahaya kerana air liurnya dikatakan mampu melumpuhkan
mangsa dengan cepat. Di musium ini juga kami dapat bemesra dengan biawak dan
ular jinak.
Setelah puas bersiar-siar kami dipelawa oleh Pak Agus untuk menjamu
makan tengah hari di rumahnya. Setelah itu, kami dibawa ke kota cina yang
terletak berhampiran dengan rumah Pak Agus. Kami tidak lama disitu kerana kami
perlu ke Taman Wisata Mekarsari. Taman Wisata Mekarsari merupakan salah satu
pusat buah-buahan tropika terbesar di dunia, khususnya jenis buah-buahan unggul
yang dikumpulkan dari seluruh daerah di Indonesia
. Di sana kami dibawa
jalan-jalan melalui kebun buahan-buahan yang indah dengan menaiki mini bus yang
disediakan. Terdapat jurucakap yang menerangkan maklumat tentang buah-buahan di
situ. Kami juga dapat menjamu buahan segar terus dari pokok yang rasanya enak
dan segar. Setelah itu kami diberi cenderahati daripada Taman Wisata Mekarsari
sebagai kenang-kenangan. Apabila matahari melabuhkan tirainya, kami dibawa ke
restor sate kambing untuk menikmati sate kambing segar di situ. Setelah itu,
kami pulang ke bilik penginapan masing-masing untuk beristirehat.
Kesopanan dan keluhuran layanan daripada pihak STIAMI ini
membuatkan kami merasa diri ini dihargai. Kami juga dapat merasakan jikalau
seluruh Malaysia dan Indonesia dapat berakhlak sepertimana yang ditunjukkan
oleh pihak STIAMI, maka kedua-dua negara ini akan bertambah maju dan
bertamadun.
Teori Ibnu Khaldun yang mengatakan bahawa Negara bertamadun itu
terletak kepada pembangunan fizikal dan rohani (akhlak) itu dapat
direalisasikan oleh Malaysia dan Indonesia.
No comments:
Post a Comment