Isnin, 21 Mei 2012
Pembelajaran di STIAMI amat menyeronokkan.
Pagi Isnin jam 7.00 pagi, kami semua bersiap untuk dijemput
ke kuliah. Perasaan kami amat seronok kerana ini merupakan hari pertama kami
menjejakkan kaki ke kampus STIAMI. Jam 8.00 pagi waktu Indonesia, kami dijemput
oleh staf STIAMI dan dibawa ke kampus. Sepanjang perjalanan ke kampus, kami dapat
melihat bertapa sesak dan padat nya Jakarta pada waktu pagi. Akan tetapi,
sistem jalan raya mereka sangat kami kagumi.
Sifat tolak ansur dan saling
menghormati antara mereka harus di contohi oleh rakyat Malaysia. Kira- kira jam
8.30 pagi kami tiba di STIAMI. Ketibaan kami Mahasiswa Malaysia di sambut
dengan mesra dan ramah oleh staff, pensyarah dan juga pelajar STIAMI.
Kedatangan kami juga diraikan dengan majlis pembukaan dan perasmian Pertukaran
Pelajar UniKL ke STIAMI. Turut serta di majlis perasmian itu adalah Dr Razak
selaku wakil pensyarah dari UniKL.
Setelah tamat majlis perasmian, Dr Razak
pulang dan berpesan kepada kami supaya menjaga diri sepanjang di Jakarta. Kami
merasa sangat teruja diatas layanan yang diberikan oleh pihak UniKL yang sentiasa
mengambil berat dan juga layanan yang diberikan oleh pihak STIAMI. Selepas itu,
kami diberi masa untuk berkenalan dengan Perwakilan Pelajar STIAMI. Ketua
pelajar STIAMI iaitu Ilham banyak memberitahu kami mengenai STIAMI. STIAMI
merupakan kampus swasta dan ianya mempunyai biasiswa bagi pelajar yang
cemerlang di dalam pelajaran.
Visi STIAMI adalah untuk menjadi perguruan tinggi swasta
unggul,berkualitas dan terbaik. Misi STIAMI pula ialah untuk melaksanakan
pendidikan bernuansa humanis yang berorientasi kepada
pendidikan,penelitian,pengabdian masyarakat, yang bermandiri dan berkualitas,
beriman dan bertaqwa. Mereka bermotto untuk membangun intelektual dengan
integritas moral & etika.
Yuran pendaftaran di STIAMI di anggarkan dalam 10 juta
rupiah per semester. Fakulti yang ditawarkan di STIAMI adalah Perpajakan
(percukaian) dan Perniagaan.
Selepas itu, kami semua menunaikan solat Zuhur dan selepas
itu kami di suruh masuk kuliah. Kuliah pertama iaitu mengenai Kewangan Syariah.
Pensyarah atau Dosen yang mengajar iaitu Prof. Dr Joseph. Beliau merupakan
seorang pensyarah yang bagus dan kami juga dapat memahami setiap apa yang
beliau sampaikan di dalam kuliah. Alhamdulillah, setiap soalan yang di tanyakan
dapat kami menjawabnya dengan baik.
Setelah tamat kelas, Prof Dr Joseph sempat
berjumpa kami dan memberitahu kami jika ingin bertanya apa sahaja soalan boleh
terus berhubung dengannya melaui email. Beliau juga merupakan rakan kepada Assc
Prof. Dr Kamisan, salah seorang pensyarah kami di UniKL. Selepas tamat kelas pertama,
jam 4.00 ptg kami masuk ke kuliah yang kedua iaitu kelas Pak Widi iaitu kelas
Pengurusan Perniagaan. Pak Widi merupakan penulis buku mengenai Pengurusan
Perniagaan. Pada waktu kelas, beliau ada membawa buku yang beliau tulis namun
hanya ada dua buah buku sahaja.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSG_-S2aeZ5hGxdFipMmgzTln9HTc6aEf8Uu41NjdOkA20gcFGukOtNP_CuwGa9ZILly08pbfTxQa2sIUOuRP9aRkTAu8X_lD6ZvHf2SRibxW-YeQ-73_iLYYwOlRWMVegiuQGcgcMzHu5/s1600/logo-stiami.png)
Apa yang membuatkan kami tertarik di STIAMI ini ialah cara
pengajaran oleh pensyarah mereka. Mere menggunakan konsep motivasi untuk
menaikkan semangat para mahasiswa untuk menggali sebanyak ilmu yang boleh.
Aktiviti ini amat menyeronokkan. Kami termotivasi dan berazam untuk berjaya
dalam hidup. Selepas jam 5.00 ptg, kami di hantar pulang ke penginapan untuk
berehat. Jam 8.00 mlm, kami semua keluar untuk makan malam. Jam 11.00 mlm, kami
pulang ke penginapan dan tidur awal kerana keesokkan hari kami harus ke
Parlimen Indonesia.
No comments:
Post a Comment