bepangg
Saturday, 6 September 2014
Monday, 23 June 2014
Friday, 20 June 2014
Laporan Harian Berhubung Program Pertukaran Pelajaran Ke Indonesia Edisi ke Tiga
Isnin, 21 Mei 2012
Pembelajaran di STIAMI amat menyeronokkan.
Pagi Isnin jam 7.00 pagi, kami semua bersiap untuk dijemput
ke kuliah. Perasaan kami amat seronok kerana ini merupakan hari pertama kami
menjejakkan kaki ke kampus STIAMI. Jam 8.00 pagi waktu Indonesia, kami dijemput
oleh staf STIAMI dan dibawa ke kampus. Sepanjang perjalanan ke kampus, kami dapat
melihat bertapa sesak dan padat nya Jakarta pada waktu pagi. Akan tetapi,
sistem jalan raya mereka sangat kami kagumi.
Sifat tolak ansur dan saling
menghormati antara mereka harus di contohi oleh rakyat Malaysia. Kira- kira jam
8.30 pagi kami tiba di STIAMI. Ketibaan kami Mahasiswa Malaysia di sambut
dengan mesra dan ramah oleh staff, pensyarah dan juga pelajar STIAMI.
Kedatangan kami juga diraikan dengan majlis pembukaan dan perasmian Pertukaran
Pelajar UniKL ke STIAMI. Turut serta di majlis perasmian itu adalah Dr Razak
selaku wakil pensyarah dari UniKL.
Setelah tamat majlis perasmian, Dr Razak
pulang dan berpesan kepada kami supaya menjaga diri sepanjang di Jakarta. Kami
merasa sangat teruja diatas layanan yang diberikan oleh pihak UniKL yang sentiasa
mengambil berat dan juga layanan yang diberikan oleh pihak STIAMI. Selepas itu,
kami diberi masa untuk berkenalan dengan Perwakilan Pelajar STIAMI. Ketua
pelajar STIAMI iaitu Ilham banyak memberitahu kami mengenai STIAMI. STIAMI
merupakan kampus swasta dan ianya mempunyai biasiswa bagi pelajar yang
cemerlang di dalam pelajaran.
Visi STIAMI adalah untuk menjadi perguruan tinggi swasta
unggul,berkualitas dan terbaik. Misi STIAMI pula ialah untuk melaksanakan
pendidikan bernuansa humanis yang berorientasi kepada
pendidikan,penelitian,pengabdian masyarakat, yang bermandiri dan berkualitas,
beriman dan bertaqwa. Mereka bermotto untuk membangun intelektual dengan
integritas moral & etika.
Yuran pendaftaran di STIAMI di anggarkan dalam 10 juta
rupiah per semester. Fakulti yang ditawarkan di STIAMI adalah Perpajakan
(percukaian) dan Perniagaan.
Selepas itu, kami semua menunaikan solat Zuhur dan selepas
itu kami di suruh masuk kuliah. Kuliah pertama iaitu mengenai Kewangan Syariah.
Pensyarah atau Dosen yang mengajar iaitu Prof. Dr Joseph. Beliau merupakan
seorang pensyarah yang bagus dan kami juga dapat memahami setiap apa yang
beliau sampaikan di dalam kuliah. Alhamdulillah, setiap soalan yang di tanyakan
dapat kami menjawabnya dengan baik.
Setelah tamat kelas, Prof Dr Joseph sempat
berjumpa kami dan memberitahu kami jika ingin bertanya apa sahaja soalan boleh
terus berhubung dengannya melaui email. Beliau juga merupakan rakan kepada Assc
Prof. Dr Kamisan, salah seorang pensyarah kami di UniKL. Selepas tamat kelas pertama,
jam 4.00 ptg kami masuk ke kuliah yang kedua iaitu kelas Pak Widi iaitu kelas
Pengurusan Perniagaan. Pak Widi merupakan penulis buku mengenai Pengurusan
Perniagaan. Pada waktu kelas, beliau ada membawa buku yang beliau tulis namun
hanya ada dua buah buku sahaja.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSG_-S2aeZ5hGxdFipMmgzTln9HTc6aEf8Uu41NjdOkA20gcFGukOtNP_CuwGa9ZILly08pbfTxQa2sIUOuRP9aRkTAu8X_lD6ZvHf2SRibxW-YeQ-73_iLYYwOlRWMVegiuQGcgcMzHu5/s1600/logo-stiami.png)
Apa yang membuatkan kami tertarik di STIAMI ini ialah cara
pengajaran oleh pensyarah mereka. Mere menggunakan konsep motivasi untuk
menaikkan semangat para mahasiswa untuk menggali sebanyak ilmu yang boleh.
Aktiviti ini amat menyeronokkan. Kami termotivasi dan berazam untuk berjaya
dalam hidup. Selepas jam 5.00 ptg, kami di hantar pulang ke penginapan untuk
berehat. Jam 8.00 mlm, kami semua keluar untuk makan malam. Jam 11.00 mlm, kami
pulang ke penginapan dan tidur awal kerana keesokkan hari kami harus ke
Parlimen Indonesia.
Laporan Harian Berhubung Program Pertukaran Pelajaran Ke Indonesia Edisi ke Dua
Ahad, 20 Mei 2012
Indahnya manusia terletak pada budi bahasanya.
Program kami hari ini juga bersiar-siar di sekitar Jakarta.
Kami memulakan perjalanan kami ke
Taman Mini Indonesia Indah (TMII) yang terletak di Jakarta Timur.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwEVDzxkSdSNKH6g14D_PY3jvxCGRe_t7una8Hhd9kKurIFzgWxHTYja8l0LIqBqzNhYJyeG1jmWAKSPECLiTo3PjJVgvn-NxpOMjCS-cjePCiTO2Qtx0YhbRWRrKPsQMxclSQwkI7O8Xn/s1600/TMII_West_Sumatra+-+Copy.jpg)
Disamping itu, di tengah-tengah TMII terdapat sebuah danau yang menggambarkan
susunan kepulauan Indonesia di tengahnya, kereta gantung, museum, dan Teater
IMAX Keong Mas dan Teater Tanah Airku, dan taman rekreasi . Ini menjadikan
TMIII sebagai salah satu kawasan wisata terkemuka di ibu kota. Sebelum kami
meneruskan perjalanan, kami diperkenalkan dengan Pak Agus dan Pak Rusdi. Pak
Agus merupakan rektor 3 STIAMI manakala Pak Rusdi merupakan staf pemasaran di
STIAMI. Mereka lah yang menemani kami.
Mereka membawa kami ke warung Soto Kudus
milik kenalan Pak Agus untuk bersarapan. Sotonya enak dan mengiurkan. Selepas
itu kami di bawa menaiki kereta gantung untuk melihat seluruh Taman Mini itu.
Kereta gantung itu dikenali kereta kabel di Malaysia. Pemandangan dari atas
sangat indah. Kami dapat menikmati keindahan rumah-rumah tradisional, replika
pulau-pulau di Indonesia dan lain-lain lagi. Selepas kereta gantung, kami
sempat melihat rumah tradisi masyarakat padang.
Atas kesuntukan masa, kami
tidak dapat ke rumah-rumah tradisi yang lain.Di rumah masyarakat Padang, kami
sempat bergambar dan belajar sedikit sebanyak tentang tradisi masyarakat
Padang. Setelah itu, kami dipelawa ke Museum Komodo. Kami ke sana untuk melihat
binatang unik yang diberi nama komodo. Kelihatan Komodo seperti biawak besar.
Namun, Komodo ini merbahaya kerana air liurnya dikatakan mampu melumpuhkan
mangsa dengan cepat. Di musium ini juga kami dapat bemesra dengan biawak dan
ular jinak.
Setelah puas bersiar-siar kami dipelawa oleh Pak Agus untuk menjamu
makan tengah hari di rumahnya. Setelah itu, kami dibawa ke kota cina yang
terletak berhampiran dengan rumah Pak Agus. Kami tidak lama disitu kerana kami
perlu ke Taman Wisata Mekarsari. Taman Wisata Mekarsari merupakan salah satu
pusat buah-buahan tropika terbesar di dunia, khususnya jenis buah-buahan unggul
yang dikumpulkan dari seluruh daerah di Indonesia
. Di sana kami dibawa
jalan-jalan melalui kebun buahan-buahan yang indah dengan menaiki mini bus yang
disediakan. Terdapat jurucakap yang menerangkan maklumat tentang buah-buahan di
situ. Kami juga dapat menjamu buahan segar terus dari pokok yang rasanya enak
dan segar. Setelah itu kami diberi cenderahati daripada Taman Wisata Mekarsari
sebagai kenang-kenangan. Apabila matahari melabuhkan tirainya, kami dibawa ke
restor sate kambing untuk menikmati sate kambing segar di situ. Setelah itu,
kami pulang ke bilik penginapan masing-masing untuk beristirehat.
Kesopanan dan keluhuran layanan daripada pihak STIAMI ini
membuatkan kami merasa diri ini dihargai. Kami juga dapat merasakan jikalau
seluruh Malaysia dan Indonesia dapat berakhlak sepertimana yang ditunjukkan
oleh pihak STIAMI, maka kedua-dua negara ini akan bertambah maju dan
bertamadun.
Teori Ibnu Khaldun yang mengatakan bahawa Negara bertamadun itu
terletak kepada pembangunan fizikal dan rohani (akhlak) itu dapat
direalisasikan oleh Malaysia dan Indonesia.
Wednesday, 10 October 2012
BABY PONDOK
Punca-punca Masalah Zina dalam Kalangan Pelajar-pelajar IPT di Malaysia
Imam al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Anas bin Malikradhiyallahu’anhu bahawa Rasulullah shallahu’alaihiwasallam telah bersabda:
إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا
Benarlah sabda Rasulullah shallahu’alaihiwasallam. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan kenyataan bahawa masalah zina telah melanda umat Islam di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuklah negara tercinta Malaysia. Zina bukan sahaja dilakukan oleh golongan-golongan yang tidak berpendidikan tinggi malah turut dilakukan oleh pelajar-pelajar institut-institut pengajian tinggi (IPT). Yang lebih memeranjatkan, juga oleh mahasiswa-mahasiswa IPT agama!
Melihatkan keadaan semakin rumit, umat Islam perlu diajak untuk berfikir seketika. Bagaimanakah semua ini boleh berlaku?
Tidak ada jawapan yang lebih tepat selain bahawa umat Islam telah menyeleweng daripada agama mereka yang sebenarnya. Mereka telah dihasut oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah syariat agama mereka dengan alasan mengikut arus kemodenan. Mereka telah melonggarkan apa yang ditetapkan oleh Allah dan rasul-Nya.
Mereka telah mengubah dan memutarbelitkan nas-nas agama hanya kerana tidak sesuai dengan keadaan semasa, kononnya. Orang-orang yang beriltizam dengan al-Quran dan sunnah mengikut ajaran sahabat dan ulama-ulama terdahulu dituduh syadid.
Di sini disenaraikan punca-punca berleluasanya zina dalam kalangan pelajar-pelajar IPT Malaysia:
Pertama: kerajaan tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam bahkan telah menolaknya dengan menggantikannya dengan undang-undang rekaan manusia.
Kedua: umat Islam di Malaysia tidak mempraktikkan pengharaman wanita mendedahkan diri di hadapan lelaki ajnabi dalam media massa dan hiburan malah sesetengah ulama kontemporari mengharuskan wanita berlakon.
Ketiga: wanita Malaysia tidak mengamalkan etika berpakaian yang diwajibkan dan digalakkan oleh Islam. Mereka memakai pakaian yang mendedahkan aurat, ketat, jarang, dan sebagainya.
Di sini disenaraikan punca-punca berleluasanya zina dalam kalangan pelajar-pelajar IPT Malaysia:
Pertama: kerajaan tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam bahkan telah menolaknya dengan menggantikannya dengan undang-undang rekaan manusia.
Kedua: umat Islam di Malaysia tidak mempraktikkan pengharaman wanita mendedahkan diri di hadapan lelaki ajnabi dalam media massa dan hiburan malah sesetengah ulama kontemporari mengharuskan wanita berlakon.
Ketiga: wanita Malaysia tidak mengamalkan etika berpakaian yang diwajibkan dan digalakkan oleh Islam. Mereka memakai pakaian yang mendedahkan aurat, ketat, jarang, dan sebagainya.
Ramai juga yang secara terang-terangan mendedahkan rambut. Menutup muka dilihat begitu asing walhal telah sedia dimaklumi bahawa ulama-ulama yang berpendapat bahawa muka tidak aurat atau purdah tidak wajib pun menyuruh wanita-wanita menutup muka apabila keadaan memerlukan.
Malangnya, ada juga yang berpendapat wanita-wanita Malaysia tidak perlu mengenakan niqab kerana ‘uruf masyarakat Malaysia yang sudah terbiasa mendedahkan muka. Kalau begitu, sampai bila hendak berubah!
Keempat: keluarnya wanita-wanita Islam secara bebas ke pawagam, pasar raya, dan sebagainya tanpa keuzuran yang diizinkan syarak. Keadaan ini berbeza dengan amalan wanita-wanita pada zaman Rasulullah shallahu’alaihiwasallam yang telah diasuh untuk melazimkan diri mereka untuk berada di rumah sehingga para sahabat melarang isteri-isteri mereka keluar walaupun ke masjid.
Keempat: keluarnya wanita-wanita Islam secara bebas ke pawagam, pasar raya, dan sebagainya tanpa keuzuran yang diizinkan syarak. Keadaan ini berbeza dengan amalan wanita-wanita pada zaman Rasulullah shallahu’alaihiwasallam yang telah diasuh untuk melazimkan diri mereka untuk berada di rumah sehingga para sahabat melarang isteri-isteri mereka keluar walaupun ke masjid.
Disebabkan itulah Rasulullah shallahu’alaihiwasallam telah menegur perbuatan tersebut dan memberikan kelonggaran kepada wanita untuk ke masjid dan keluar untuk keperluan. Tetapi, pada zaman sekarang, wanita sudah mula berubah dan menganggap berada di rumah umpama mengongkong kebebasan mereka. Mereka suka menghabiskan masa di luar rumah dengan membeli belah, berhibur, melancong, dan sebagainya. Hakikatnya, perkara ini bukanlah baharu malah telah bermula sedari zaman sahabat. Sejak itu lagi, kaum Muslimat mula berubah sehingga Siti ‘A’isyah binti Abu Bakr radhiyallahu’nha berkata:
لَوْ أَدْرَكَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Ini bererti, wanita pada zaman Rasulullah shallahu’alaihiwasallam keluar ke masjid dan menyelesaikan urusan di luar dengan menjaga hukum-hakamnya. Berbeza keadaannya dengan wanita pada zaman ‘Aisyah. Disebabkan keadaan tersebut, bagi Siti ‘A’isyah, kelonggaran tersebut perlu ditarik balik. Soalannya, itu pada zaman beliau, bagaimana pula agaknya dengan sekarang?!
Kelima: umat Islam tidak lagi mempedulikan larangan wanita bermusafir tanpa mahram. Jadi, wanita bukan sahaja keluar ke kawasan-kawasan berhampiran dengan tempat tinggal malah ke bandar dan negeri lain dengan bebas.
Keenam: pengaruh drama, filem, novel, lagu, dan sebagainya yang bersifat kebaratan terhadap pemikiran umat Islam yang mempromosikan cinta dan seks. Begitu juga pengaruh buruk artis ke dalam kehidupan peminat-peminatnya.
Ketujuh: pergaulan dan percampuran antara pelajar lelaki dengan perempuan yang tidak diizinkan syarak seperti pelajar-pelajar perempuan duduk di hadapan pelajar lelaki atau di sebelah. Bahkan sebenarnya, terdapat ulama yang mengharamkan umat Islam daripada belajar di tempat-tempat yang bercampur antara lelaki dan perempuan secara mutlak.
Pendapat ini sesuai untuk diamalkan di Malaysia terutamanya pada peringkat sekolah menengah melihatkan gejala sosial yang menjadi-jadi sejak di bangku sekolah lagi.
Kelapan: penggunaan alat-alat komunikasi secara bebas sehingga melanggar batas-batas syarak sehingga pelajar lelaki bebas berhubungan dengan pelajar perempuan dan melakukan khalwat secara maya.
Kesembilan: para pelajar menghadapi kesukaran untuk berkahwin. Inilah punca terbesar berlakunya perzinaan dalam kalangan pelajar IPT.
“Telah nyata kerosakan di darat dan di bumi dengan perbuatan-perbuatan tangan manusia; agar Allah membuat mereka merasa kesan perbuatan mereka; semoga mereka kembali” [Mafhum ayat ke-41, Surah al-Rum]
Kelapan: penggunaan alat-alat komunikasi secara bebas sehingga melanggar batas-batas syarak sehingga pelajar lelaki bebas berhubungan dengan pelajar perempuan dan melakukan khalwat secara maya.
Kesembilan: para pelajar menghadapi kesukaran untuk berkahwin. Inilah punca terbesar berlakunya perzinaan dalam kalangan pelajar IPT.
“Telah nyata kerosakan di darat dan di bumi dengan perbuatan-perbuatan tangan manusia; agar Allah membuat mereka merasa kesan perbuatan mereka; semoga mereka kembali” [Mafhum ayat ke-41, Surah al-Rum]
Baby Pondok
Tuesday, 9 October 2012
MENARA MONAS, JAKARTA , INDONESIA
SEJARAH MENARA MONAS,JAKARTA, INDONESIA.
Monumen Nasional atau yang populer disingkat dengan
Monas atau Tugu Monas adalah monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki)
yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk
merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Pembangunan
monumen ini dimulai pada tanggal 17 Agustus 1961 di bawah perintah presiden
Sukarno, dan dibuka untuk umum pada tanggal 12 Juli 1975.
Tugu ini dimahkotai
lidah api yang dilapisi lembaran emasyang melambangkan semangat perjuangan yang
menyala-nyala. Monumen Nasional terletak tepat di tengah Lapangan Medan
Merdeka, Jakarta Pusat. Monumen dan museum ini dibuka setiap hari mulai pukul
08.00 - 15.00 WIB. Pada hari Senin pekan terakhir setiap bulannya ditutup untuk
umum.
Setelah pusat pemerintahan Republik Indonesia
kembali ke Jakarta setelah sebelumnya berkedudukan di Yogyakarta pada tahun
1950 menyusul pengakuan kedaulatan Republik Indonesia oleh pemerintah Belanda
pada tahun 1949, Presiden Sukarno mulai memikirkan pembangunan sebuah monumen
nasional yang setara dengan Menara Eiffel di lapangan tepat di depan Istana
Merdeka. Pembangunan tugu Monas bertujuan mengenang dan melestarikan perjuangan
bangsa Indonesia pada masa revolusi kemerdekaan 1945, agar terus membangkitkan
inspirasi dan semangat patriotisme generasi saat ini dan mendatang.
Pada tanggal 17 Agustus 1954 sebuah komite nasional
dibentuk dan sayembara perancangan monumen nasional digelar pada tahun 1955.
Terdapat 51 karya yang masuk, akan tetapi hanya satu karya yang dibuat oleh
Frederich Silaban yang memenuhi kriteria yang ditentukan komite, antara lain
menggambarkan karakter bangsa Indonesia dan dapat bertahan selama berabad-abad.
Sayembara kedua digelar pada tahun 1960 tapi sekali lagi tak satupun dari 136 peserta
yang memenuhi kriteria. Ketua juri kemudian meminta Silaban untuk menunjukkan
rancangannya kepada Sukarno. Akan tetapi Sukarno kurang menyukai rancangan itu
dan ia menginginkan monumen itu berbentuk lingga dan yoni. Silaban kemudian
diminta merancang monumen dengan tema seperti itu, akan tetapi rancangan yang
diajukan Silaban terlalu luar biasa sehingga biayanya sangat besar dan tidak
mampu ditanggung oleh anggaran negara, terlebih kondisi ekonomi saat itu cukup
buruk.
Silaban menolak merancang bangunan yang lebih kecil, dan menyarankan
pembangunan ditunda hingga ekonomi Indonesia membaik. Sukarno kemudian meminta
arsitek R.M. Soedarsono untuk melanjutkan rancangan itu. Soedarsono memasukkan
angka 17, 8 dan 45, melambangkan 17 Agustus 1945 memulai Proklamasi Kemerdekaan
Indonesia, ke dalam rancangan monumen itu.Tugu Peringatan Nasional
ini kemudian dibangun di areal seluas 80 hektare. Tugu ini diarsiteki oleh
Friedrich Silaban dan R. M. Soedarsono, mulai dibangun 17 Agustus 1961.
Pembangunan terdiri atas tiga tahap. Tahap pertama,
kurun 1961/1962 - 1964/1965 dimulai dengan dimulainya secara resmi pembangunan
pada tanggal 17 Agustus 1961 dengan Sukarno secara seremonial menancapkan pasak
beton pertama. Total 284 pasak beton digunakan sebagai fondasi bangunan.
Sebanyak 360 pasak bumi ditanamkan untuk fondasi museum sejarah nasional.
Keseluruhan pemancangan fondasi rampung pada bulan Maret 1962.
Dinding museum
di dasar bangunan selesai pada bulan Oktober. Pembangunan obelisk kemudian dimulai
dan akhirnya rampung pada bulan Agustus 1963. Pembangunan tahap kedua
berlangsung pada kurun 1966 hingga 1968 akibat terjadinya Gerakan 30 September
1965 dan upaya kudeta, tahap ini sempat tertunda. Tahap akhir
berlangsung pada tahun 1969-1976 dengan menambahkan diorama pada museum
sejarah. Meskipun pembangunan telah rampung, masalah masih saja terjadi, antara
lain kebocoran air yang menggenangi museum
Monumen secara resmi dibuka untuk
umum dan diresmikan pada tanggal 12 Juli 1975 oleh Presiden Republik Indonesia
Soeharto.[4][5] Lokasi pembangunan monumen ini dikenal dengan nama Medan
Merdeka. Lapangan Monas mengalami lima kali penggantian nama yaitu Lapangan
Gambir, Lapangan Ikada, Lapangan Merdeka, Lapangan Monas, dan Taman Monas. Di sekeliling
tugu terdapat taman, dua buah kolam dan beberapa lapangan terbuka tempat
berolahraga. Pada hari-hari libur Medan Merdeka dipenuhi pengunjung yang
berekreasi menikmati pemandangan Tugu Monas dan melakukan berbagai aktivitas
dalam taman.
Rancang bangun Tugu Monas berdasarkan pada konsep
pasangan universal yang abadi; Lingga dan Yoni. Tugu obelisk yang menjulang
tinggi adalah lingga yang melambangkan laki-laki, elemen maskulin yang bersifat
aktif dan positif, serta melambangkan siang hari. Sementara pelataran cawan
landasan obelisk adalah Yoni yang melambangkan perempuan, elemen feminin yang
pasif dan negatif, serta melambangkan malam hari. Lingga dan yoni merupakan
lambang kesuburan dan kesatuan harmonis yang saling melengkapi sedari masa
prasejarah Indonesia.
Selain itu bentuk Tugu Monas juga dapat ditafsirkan
sebagai sepasang "alu" dan "Lesung", alat penumbuk padi
yang didapati dalam setiap rumah tangga petani tradisional Indonesia. Dengan
demikian rancang bangun Monas penuh dimensi khas budaya bangsa Indonesia.
Monumen terdiri atas 117,7 meter obelisk di atas landasan persegi setinggi The
17 meter, pelataran cawan. Monumen ini dilapisi dengan marmer Italia.
Kolam di Taman Medan Merdeka Utara berukuran 25 x 25
meter dirancang sebagai bagian dari sistem pendingin udara sekaligus
mempercantik penampilan Taman Monas. Di dekatnya terdapat kolam air mancur dan
patung Pangeran Diponegoro yang sedang menunggang kudanya, terbuat dari
perunggu seberat 8 ton. Patung itu dibuat oleh pemahat Italia, Prof.
Coberlato sebagai sumbangan oleh Konsulat Jendral Honores, Dr Mario Bross di
Indonesia.
Pintu masuk Monas terdapat di taman Medan Merdeka Utara dekat patung
Pangeran Diponegoro. Pintu masuk melalui terowongan yang berada 3 m di bawah
taman dan jalan silang Monas inilah, pintu masuk pengunjung menuju tugu Monas.
Loket tiket berada di ujung terowongan. Ketika pengunjung naik kembali ke
permukaan tanah di sisi utara Monas, pengunjung dapat melanjutkan berkeliling
melihat relief sejarah perjuangan Indonesia; masuk ke dalam museum sejarah
nasional melalui pintu di sudut timur laut, atau langsung naik ke tengah menuju
ruang kemerdekaan atau lift menuju pelataran puncak monumen.
“Laporan Harian Berhubung Program Pertukaran Pelajaran Ke Indonesia
Jumaat, 18 Mei
2012,
Waktu yang
dinantikan telah tiba.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSt-7YYdehdTG4OBgMI4jqF11DRW7hxiNbIBPI6E15aY5kqG2z1GVYOChxD_9jna27WXUU1OJOuFZZGvt9Wr0kBLoWGlFbhwmLfFYzB3TCb20ePFXxKB-5ZxXJJ3iC4gjqlK3jLK2K2td7/s1600/93108_big.jpg)
Kami bertolak ke Jakarta. Waktu penerbangan kami adalah pukul 11.30 malam. Kami dihantar oleh teman-teman sekursus kami.Kami sempat bergambar secara beramai-ramai sebelum berangkat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSt-7YYdehdTG4OBgMI4jqF11DRW7hxiNbIBPI6E15aY5kqG2z1GVYOChxD_9jna27WXUU1OJOuFZZGvt9Wr0kBLoWGlFbhwmLfFYzB3TCb20ePFXxKB-5ZxXJJ3iC4gjqlK3jLK2K2td7/s1600/93108_big.jpg)
Kami bertolak ke Jakarta. Waktu penerbangan kami adalah pukul 11.30 malam. Kami dihantar oleh teman-teman sekursus kami.Kami sempat bergambar secara beramai-ramai sebelum berangkat.
Sabtu, 19 Mei 2012
Indonesia
mengubah persepsi kami.
Tepat jam 12.30 pagi waktu Indonesia, kami sampai ke
lapangan terbang antarabangsa Sukarno-Hatta. Kami bercadang ke Bandung untuk
bersiar-siar kerana program kami di Sekolah Tinggi Ilmu Administrasi Mandala
Indonesia (STIAMI) bermula pada 21 Mei. Namun, kami terkejut kerana sejurus
sahaja selesai urusan imigresen, kami
nampak dua orang pemuda menanti di ruangan menyambut tetamu dengan
memegang kertas A4 yang bertulis MAHASISWA UNIKL.
Rupa-rupanya, kehadiran kami memang dinantikan oleh mereka. Mereka merupakan staf-staf daripada STIAMI. Dua pemuda itu bernama Pak Dedy dan Pak Doni. Terdapat seorang lagi yang turut serta iaitu Pak Reda. Pak Reda merupakan salah seorang ‘chairman’ STIAMI. Kami berkenalan dengan mereka. Kemudian Pak Reda membawa kami ke Restoran KFC untuk makan malam dan memberikan sedikit taklimat berhubung dengan tentatif program di STIAMI. Setelah itu, kami dibawa ke bilik penginapan kami yang terletak di Cempaka Putih Barat, Jakarta. Bilik kami terletak lebih kurang 5-7 km daripada kampus STIAMI.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLrQBMAAlYldSL0Gsu1Ia2aYI92Y_8ATl5cK2LMLPXnAPesO9MAJDqkh-x9dGI7FsprM84TP5PVvcnCqHLn7rR9nM5AT2-OWaUCVzzNJHsDSC8PvrlMVBCjgHF43plOVXWnrseCgawrkaM/s1600/logo-stiami.png)
Rupa-rupanya, kehadiran kami memang dinantikan oleh mereka. Mereka merupakan staf-staf daripada STIAMI. Dua pemuda itu bernama Pak Dedy dan Pak Doni. Terdapat seorang lagi yang turut serta iaitu Pak Reda. Pak Reda merupakan salah seorang ‘chairman’ STIAMI. Kami berkenalan dengan mereka. Kemudian Pak Reda membawa kami ke Restoran KFC untuk makan malam dan memberikan sedikit taklimat berhubung dengan tentatif program di STIAMI. Setelah itu, kami dibawa ke bilik penginapan kami yang terletak di Cempaka Putih Barat, Jakarta. Bilik kami terletak lebih kurang 5-7 km daripada kampus STIAMI.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLrQBMAAlYldSL0Gsu1Ia2aYI92Y_8ATl5cK2LMLPXnAPesO9MAJDqkh-x9dGI7FsprM84TP5PVvcnCqHLn7rR9nM5AT2-OWaUCVzzNJHsDSC8PvrlMVBCjgHF43plOVXWnrseCgawrkaM/s1600/logo-stiami.png)
Jam 8.30 pagi, datang dua orang staf STIAMI ke bilik
pelajar perempuan. Mereka adalah Ai dan Handini. Mereka akan menjadi ‘tour
guide’ kami di Indonesia. Program kami hari ini adalah bersiar-siar di Monas
dan Masjid Istiqlal. Kami ke sana bersama Ai, Handini dan Pak Widi. Pak Widi
merupakan salah seorang pensyarah di STIAMI. Kami bergerak ke Monas menaiki van
STIAMI.
Sepanjang perjalanan kami menyaksikan Bandar Jakarta yang kami rasa agak maju namun terdapat juga rakyatnya yang bersusahan menolak kereta roda untuk menjual makanan dan minuman. Sekitar Monas itu terdapat banyak bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan. Monas diambil daripada perkataan Mo dan Nas. Mo merujuk kepada Monumen dan Nas merujuk kepada Nasional. Monumen Nasional (Monas) ini mula dibangunkan oleh Presiden Indonesia yang pertama iaitu Sukarno pada tahun 1975.
Ia dibangunkan untuk mengenang pertempuran dan
perjuangan rakyat Indonesia bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah
Belanda. Tugu ini dihiasi simbol api yang dilapisi lembaran emas sebanyak 38 kg
yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala rakyat Indonesia. Kami
turut bergambar di situ sebagai kenang-kenangan. Selepas itu kami menuju
ke Masjid Istiqlal yang terletak berhampiran dengan Monas. Kami menunaikan
solat zuhur jamak asar di situ. Masjid Istiqlal sangat besar, ia merupakan
masjid terbesar di Asia tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada
100,000 jemaah pada satu masa. Besar dan unik bukan menjadi ukuran sesebuah
masjid. Masjid Istiqlal ini sangat mendamaikan kami. Suasananya tenang dan
indah.
Namun, kedamaian dan keindahan ini dicemarkan oleh segelintir peminta sadaqah yang kami kira mereka adalah sindiket. Kami berharap agar Indonesia juga negara tercinta kami Malaysia dapat membasmi sindiket peminta sedeqah ini. Selepas solat, kami ke restoran masakan padang untuk menjamu selera. Setelah itu kami pulang ke bilik penginapan masing-masing untuk istirehat.
Malamnya pula, kami dibawa ke
Bebek Kaleyo yang terletak di Jakarta Timur untuk makan malam. Pelanggan di sini cukup ramai kerana makanan disini enak-enak. Antara menu yang popular ialah bebek bakar dan bebek goreng. Terdapat juga ayam penyet, jus buahan asli dan sup buah. Kami amat terkesan dengan keenakan makanan di sini.
Sepanjang perjalanan kami menyaksikan Bandar Jakarta yang kami rasa agak maju namun terdapat juga rakyatnya yang bersusahan menolak kereta roda untuk menjual makanan dan minuman. Sekitar Monas itu terdapat banyak bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan. Monas diambil daripada perkataan Mo dan Nas. Mo merujuk kepada Monumen dan Nas merujuk kepada Nasional. Monumen Nasional (Monas) ini mula dibangunkan oleh Presiden Indonesia yang pertama iaitu Sukarno pada tahun 1975.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOI9G5FIm2NdzXGChn59PEGATxkICRd_qVFCQ2l8GGUjJ_NhP9NbJmWFYHXKLBikztkbcWh9FeBn4vuPSq5T-v6-YogSkYblbGejFfJFmMprE0YP4tsPWiAyzAvRYLqAubT-eq9d5X4Fbr/s1600/Tugu_Monas_9_14549_20120429171307_udin.jpg)
Namun, kedamaian dan keindahan ini dicemarkan oleh segelintir peminta sadaqah yang kami kira mereka adalah sindiket. Kami berharap agar Indonesia juga negara tercinta kami Malaysia dapat membasmi sindiket peminta sedeqah ini. Selepas solat, kami ke restoran masakan padang untuk menjamu selera. Setelah itu kami pulang ke bilik penginapan masing-masing untuk istirehat.
Malamnya pula, kami dibawa ke
Bebek Kaleyo yang terletak di Jakarta Timur untuk makan malam. Pelanggan di sini cukup ramai kerana makanan disini enak-enak. Antara menu yang popular ialah bebek bakar dan bebek goreng. Terdapat juga ayam penyet, jus buahan asli dan sup buah. Kami amat terkesan dengan keenakan makanan di sini.
Apa yang penting hari ini adalah persepsi kami tentang Indonesia berubah secara total. Perasaan yang mulanya takut dan sentimen-sentimen anti Indonesia berubah sama sekali. Kami mula jatuh cinta dengan negara jiran ini. Mengapa kita perlu bergaduh sesama sendiri? Kita (Malaysia dan Indonesia) adalah negara serumpun. Kami merasakan hubungan antara Malaysia dan Indonesia perlu diperbaiki agar rakyat di kedua-dua negara ini dapat hidup dalam keadaan aman, makmur dan harmoni. Slogan-slogan ‘Ganyang Malaysia’dan ‘Ganyang Indonesia’ perlu diubah kepada slogan ‘Sayang Malaysia Saya Indonesia’.
Subscribe to:
Posts (Atom)